My Add

Monday 15 July 2013

Maskot burung promosi DAP bukan pelancongan

PULAU PINANG, AHAD, 14 Julai, 2013: Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana bersikap hipokrit apabila mendakwa pelancaran replika burung gergasi di perairan negeri ini bertujuan dijadikan daya tarikan pelancongan baharu.

Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan berkata, tindakan DAP mengapungkan replika setinggi kira-kira tujuh meter berkenaan bukan bertujuan menarik pelancong sebaliknya dilakukan atas kepentingan politik iaitu mahu mempromosikan parti mereka.

"Di manakah nilai sentimental burung kenyalang kepada negeri ini? Jangan bersikap hipokrit kerana semua orang tahu maskot burung berkenaan digunakan oleh DAP dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu dan saya rasa lucu apabila kononnya mahu dijadikan simbol tarikan pelancongan.

"Bagi saya, tindakan ini tidak ubah seperti mencampak RM60,000 ke dalam laut sahaja kerana mereka mempunyai banyak wang, kalau gunakan simbol lain yang sinonim dengan negeri ini, mungkin sesuai," katanya di sini semalam.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika melancarkan replika berkenaan sempena program Ubah Air di sini hari ini berkata, kos untuk menyediakan burung gergasi itu tidak menggunakan wang kerajaan negeri sebaliknya sumbangan orang ramai dan tajaan.

Cheng Guan secara sinis turut mencadangkan Guan Eng supaya memilih burung gagak yang banyak terdapat di negeri ini atau kucing sesuai dengan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) yang sering dilaungkan kerajaan DAP Pulau Pinang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment