My Add

Sunday 14 July 2013

Maut nahas kereta, lori di Pekan

PEKAN, AHAD, 14 Julai, 2013: Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas dan bertembung dengan lori tangki di km 4, Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, semalam.

Kejadian pada pukul 3 petang itu menyebabkan Low Kam Sang, 49, dari Johor Bahru mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, Kam Sang yang dalam perjalanan menuju ke Pekan dari Nenasi dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

"Pada masa sama, sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak diesel datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kenderaan dipandu mangsa. Akibat pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan.

"Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dikeluarkan oleh sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pekan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata pemandu lori berkenaan, Azizan Salim, 49, dari Marang, Terengganu tidak cedera. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment