My Add

Thursday 18 July 2013

Mayat mangsa tanah runtuh Kundasang ditemui

Oleh ROSMAWATI SALIHIN

 
* ANGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat Dahumi Kinte (gambar kecil) yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Mesilau, Kundasang, Sabah. - UTUSAN

RANAU, RABU, 17 Julai, 2013: Selepas lebih 24 jam dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan tanah, seorang wanita warga emas akhirnya ditemui mati dalam gerakan mencari yang dijalankan sejak semalam di Kampung Mesilau dekat sini hari ini.

Mayat Dahumi Kinte, berusia lingkungan 70-an ditemui kira-kira pukul 12.30 tengah hari, selepas dia dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan sedalam kira-kira lima hingga 10 meter pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahman Kassim berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah untuk tindakan lanjut termasuk diserahkan kepada keluarganya.

"Lebih 50 petugas termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kesihatan dan penduduk kampung terbabit dalam usaha mencari mangsa," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi kawasan itu semasa mayat mangsa ditemukan dengan disaksikan oleh ahli-ahli keluarganya yang turut membantu kerja-kerja menyelamat itu.

Anak sulung mangsa, Sajili Jubin, 50-an berkata, perasaan hiba tidak mampu disembunyikan oleh seluruh ahli keluarganya namun mereka reda dengan ketentuan takdir yang menimpa ibunya itu. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment