My Add

Friday 19 July 2013

Medan selera Politeknik Singapura terbakar

SINGAPURA, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Medan selera di Politeknik Singapura dilaporkan terbakar dalam satu kejadian, di sini semalam.

Akhbar The Straits Times melaporkan, pasukan bomba dikerahkan ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran, manakala polis ditugaskan mengawal di luar kawasan politeknik tersebut.

Kebakaran itu menyebabkan seorang wanita melecur di muka serta tangan dan dia dihantar ke hospital untuk rawatan.

Punca kebakaran dikatakan bermula daripada sebuah gerai di dalam medan selera itu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment