My Add

Wednesday 17 July 2013

Menteri nafi tiada tindakan, 11,450 dikompaun

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Julai, 2013: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek menepis tanggapan salah pelbagai pihak terhadapnya kerana hanya memberi amaran dan nasihat tanpa tindakan berhubung isu kenaikan harga ayam.

Menurut beliau, keberkesanan tindakannya selaku 'orang penting' yang bertanggungjawab dalam menangani rungutan pengguna itu adalah bergantung kepada langkah penguatkuasaan yang telah pun dilaksanakan ketika ini di seluruh negara.

Sebagai bukti, katanya, 11,450 kompaun telah dikeluarkan kepada semua peniaga di seluruh negara kerana menaikkan harga barang secara tidak sepatutnya melebihi harga siling .

Jelas beliau, jumlah tersebut, daripada 31,856 pemeriksaan yang dijalankan menerusi Ops Harga yang bermula 6 Julai lalu termasuk bertindak ke atas peniaga ayam yang mengambil kesempatan menaikkan harga ayam sempena Ramadan dan Aidilfitri ini.

"Penguatkuasaan ini dibuat mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 selain akta-akta lain berkaitan bagi memastikan peniaga mengikut peraturan, kita tidak akan berkompromi untuk mengenakan tindakan jika didapati bersalah.

"Di bawah akta ini mereka boleh dikenakan hukuman sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000 bagi pertubuhan, manakala Individu pula boleh didenda sehingga sehingga RM100,000, dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000," katanya kepada Utusan Onlinedi sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment