My Add

Tuesday 23 July 2013

Mesir terus bergolak

KAHERAH, SELASA, 23 Julai, 2013: Seorang lelaki dilaporkan terbunuh, manakala tujuh yang lain cedera dalam satu pertempuran melibatkan penyokong dan penentang bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi, di sini semalam.

Media tempatan melaporkan, penunjuk perasaan daripada kedua-dua pihak membaling batu antara satu sama lain, menyebabkan polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan keadaan.

Pertempuran itu tercetus selepas kumpulan penyokong Mursi berarak berhampiran Dataran Tahrir. - REUTERS/AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment