My Add

Saturday 27 July 2013

MIC Kedah sambut baik Mukhriz Pengerusi UMNO negeri

ALOR SETAR, SABTU,, 27 Julai, 2013: Pergerakan MIC Kedah mengalu-alukan pelantikan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang baru dan berharap kerjasama di antara parti komponen dapat dipertingkatkan.

Timbalan Pengerusi MIC Kedah, M L Maran, berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam adalah langkah tepat memandangkan Mukhriz kini, merupakan pemimpin tertinggi dalam pentadbiran negeri.

"MIC Kedah mengucapkan syabas kepada Datuk Mukhriz dan berharap kerjasama antara UMNO dan parti komponen lebih erat dan sepanjang beliau menjadi Menteri Besar, beliau sudah mentadbir negeri ini dengan baik," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Maran berkata, sebagai pemimpin parti kaum India, beliau turut berharap kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan khususnya berkaitan pembangunan pendidikan dan rumah ibadat masyarakat itu.

Semalam, Najib mengumumkan pelantikan Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru bagi enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor.

Bagi Kedah, jawatan Timbalan Pengerusi dipegang Datuk Ahmad Bashah Hanipah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment