My Add

Saturday 27 July 2013

Mohamed Khaled azam kukuhkan UMNO supaya kekal relevan

JOHOR BAHRU, SABTU, 27 Julai, 2013: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini berazam untuk terus mengukuhkan UMNO supaya parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN) itu kekal relevan sepanjang masa.

Mohamed Khalid yang juga Menteri Besar Johor berkata, beliau menerima jawatan itu dengan penuh keinsafan memandangkan tanggungjawab itu merupakan amanah yang sangat berat dan mencabar.

"Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan parti, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan seluruh kepimpinan UMNO.

"Kita perlu mengutama dan mengukuhkan kedudukan UMNo sebagai teras kepada BN ketika ini, lebih-lebih lagi kita baru sahaja melalui Pilihan Raya Umum ke-13 lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis gotong-royong memasak bubur lambuk anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan dan program kepolisan masyarakat Taman Sierra Perdana, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, buat permulaan beliau akan mengemukakan pandangan bagi memperkukuhkan parti kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menghadiri majlis berbuka puasa UMNO Johor dan kerajaan negeri, minggu depan.

Selain berterima kasih kepada Datuk Abdul Ghani Othman atas jasa dan kejayaan menerajui UMNO Johor dengan baik, Mohamed Khalid turut meminta supaya semua pihak terutamanya akar umbi memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi dalam merealisasikan matlamat pengukuhan parti.

Semalam, Najib mengumumkan pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang baharu bagi enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor.

Jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor kekal disandang Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment