My Add

Monday 15 July 2013

Mohd. Riduan kini di Surabaya temani isteri

Mohd. Riduan Abd. Razak, Nur Idayu Abd. Aziz
KUANTAN, AHAD, 14 Julai, 2013: Juruteknik syarikat carigali, Mohd. Riduan Abd. Razak kini berada di  daerahJemba, Surabaya, Indonesia bagi menemani isterinya, Nur Idayu Abd. Aziz, 34, yang dibawa lari oleh sekumpulan warga Indonesia ke negara itu untuk menjalani pemulihan sebelum dibawa pulang.

Rakannya, Zulkifli Che Kub berkata, dia dan Mohd. Riduan telah bertolak ke Surabaya pada Selasa lalu bagi menguruskan proses membawa pulang Nur Idayu ke negara ini.

“Mohd. Riduan dan isterinya kini selamat. Mereka berada di daerah Jemba kerana Nur Idayu sedang dalam rawatan bagi memulihkan ingatannya kerana dia masih trauma.

“Saya telah pulang ke Bukit Sagu tetapi Mohd. Riduan masih di sana (Surabaya) kerana mahu berehat di sana dulu. Insya-Allah menurutnya dia akan membawa pulang isterinya dalam tempoh terdekat.

“Semuanya kini sudah selamat, hari ini saya ada telefon Mohd. Riduan bagi bertanyakan perkembangan isterinya, dia hari ini membawa isterinya berjalan-jalan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Nur Idayu dipercayai dilarikan oleh empat warga Indonesia, termasuk seorang wanita pada 22 Jun lalu yang sebelum ini diupah membuat pengubahsuaian rumah mertuanya di Felda Bukit Sagu 2 di sini.

Bagaimanapun, pada 5 Julai lalu, Nur Idayu telah ditemui oleh kenalan Zulkifli yang dikenali sebagai Pak Rahman di Pasuruan di daerah Surabaya.

Sementara itu, Mohd. Riduan, 34, berkata, Zulkifli sebenarnya telah menjadi orang tengah yang menghubungkan kenalan orang Indonesia dikenali Pak Rahman sehingga membolehkan isterinya dijumpai.

“Saya begitu berterima kasih kepada Zulkifli kerana banyak membantu sehingga isteri saya akhirnya dijumpai," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia.

Ditanya mengenai sambutan Ramadan anak-anaknya, beliau berkata, sambutan Ramadan tiga anaknya kali ini agak suram tanpa ibu mereka. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment