My Add

Saturday 27 July 2013

Morsi ditahan untuk disoal siasat

 * PENYOKONG Morsi mengerjakan solat semasa meneruskan bantahan aman di luar Masjid Rabaa Al-Adawiya di Kaherah pada 25 Julai lalu.
KAHERAH, JUMAAT, 26 Julai, 2013: Sebuah mahkamah Mesir mengarahkan Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi ditahan untuk disoal siasat berhubung kerjasama beliau dengan kumpulan Hamas di Palestin, lapor agensi berita rasmi MENA semalam.

Morsi akan disoal sama ada beliau bersubahat dengan Hamas dalam serangan ke atas beberapa buah balai polis dan melepaskan sejumlah banduan pada awal tahun 2011 semasa kebangkitan rakyat Mesir menentang diktator Hosni Mubarak.

Semua tuduhan itu disiasat oleh sebuah mahkamah di sini.

Mahkamah berkenaan ditugaskan untuk memastikan bagaimana semua banduan itu boleh terlepas dari sebuah penjara pada hujung Januari tahun lalu.

Mereka melarikan diri selepas Morsi dilaporkan meminta bantuan kumpulan Hamas di Gaza.

Seorang jurucakap pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad mengecam perintah tahanan ke atas Morsi.

Beliau berkata, arahan mahkamah itu merupakan petanda jelas bahawa rejim Mubarak kembali berkuasa.

Pada 23 Julai lalu, sebuah mahkamah menyatakan, militan Hamas membantu sejumlah banduan melarikan diri semasa kebangkitan 18 hari rakyat Mesir yang memaksa Mubarak meletak jawatan.

Ketika itu, Morsi yang merupakan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin memberitahu sebuah stesen televisyen bahawa banduan itu dibantu oleh rakyat Mesir. - AFP/KOSMO! 

No comments:

Post a Comment