My Add

Monday 22 July 2013

Muhammad Shafee ketuai barisan pendakwa raya

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, ISNIN,22 Julai, 2013: Peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dilantik oleh Peguam Negara mengetuai pasukan pendakwa raya dalam rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, pelantikan beliau itu dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun mahkamah tersebut menangguhkan rayuan berkenaan berikutan peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment