My Add

Friday 12 July 2013

Muhyiddin yakin BN menang bagi stabilkan politik Terengganu

JERTIH, JUMAAT, 12 Julai, 013: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi memilih calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bagi menstabilkan politik di Terengganu.

Malah Timbalan Perdana Menteri berkata, keadaan politik di negeri ini akan lebih stabil sekiranya BN dapat mencapai kemenangan lebih besar berbanding pada pilihan raya umum lalu.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Kuala Besut berharap keputusan PRK terbabit akan menyebelahi BN dan meraih jumlah undi lebih besar.

"Peranan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman pada PRK Kuala Besut ini amat penting kerana keadaan DUN Terengganu ketika ini yang tidak menentu.

"Maka pada 24 Julai nanti, perkara ini akan terjawab bagi menjadikan politik di negeri ini terus stabil di bawah kerajaan BN.

"Lebih stabil jika BN menang lebih besar. Jika tidak keadaan akan terumbang-ambing dan ramai yang nak elak perkara ini, bukan saja di Kuala Besut tetapi di seluruh Terengganu.

"Penting bagi pengundi memilih Tengku Zaihan supaya dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan yang ditinggalkan oleh penyandang kerusi DUN terbabit.
"Bukan tidak bimbang tetapi kestabilan di negeri ini penting apabila BN terus mentadbir Terengganu," katanya pada sidang media selepas pengumuman calon bagi PRK Kuala Besut di Kompleks Rakan Muda Besut di sini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Naib-naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal; Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, A Rahim Jusoh mengumumkan senarai nama calon yang bertanding pada kira-kira jam 10.25 pagi tadi.

Saingan di PRK Kuala Besut menyaksikan satu lawan satu di antara calon BN, Tengku Zaihan yang ditentang wakil PAS, Azlan @ Endut Yusof .

Mengenai peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), katanya, BN yakin dengan peranan suruhanjaya itu dan akan menerima segala keputusan hasil
daripada PRK di Kuala Besut. - BH

No comments:

Post a Comment