My Add

Thursday 11 July 2013

NGO wanita serah memorandum kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR, KHmia, 11 jULAI, 013: Badan bukan kerajaan The Alliance Women NGOs Malaysia (AWNM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam satu pertemuan di pejabat beliau di Putrajaya.

Menurut kenyataan AWNM, delegasi itu diketuai bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie yang juga Pengerusi Biro Publisiti MCA.

Memorandum itu mengandungi empat perkara iaitu keputusan kes rogol dan bunuh Chee Gaik Yap, Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2003 dan juga kadar pendakwaan kes penderaan kanak-kanak yang rendah.

"Kami juga membangkitkan isu kesamaan gender dalam kes kerakyatan kanak-kanak yang lahir di luar negara," kata Heng dalam kenyataan itu.

Beliau berkata pertemuan itu berlangsung selama dua jam setengah.

AWNM yang ditubuhkan pada 2011 memayungi 40 badan bukan kerajaan dengan matlamat menggalakkan semua kaum bersatu ke arah perpaduan dan pembangunan negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment