My Add

Friday 19 July 2013

Noriah, Dayang Madinah angkat sumpah Senator

 *NORIAH Mahat (kiri) berjabat tangan dengan Dayang Madinah Tun Abang Openg selepas kedua-duanya mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Datuk Noriah Mahat dan Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dayang Madinah Tun Abang Haji Openg hari ini mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di sini bagi penggal kedua.

Upacara angkat sumpah disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Noriah, 61, yang menerima pelantikan semula daripada Yang di-Pertuan Agong dan Dayang Madinah, 58, yang menerima pelantikan semula daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak, bagi tempoh tiga tahun.

Selain sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah adalah Pengerusi Biro Pengurusan Wanita Negeri Johor sejak 2008 hingga kini dan Jawatankuasa Sekretariat Badan Perhubungan Wanita UMNO Negeri Johor.

Noriah ketika ditemui berkata, beliau akan membincangkan dua perkara utama dalam sesi Dewan Negara iaitu hal ehwal agama Islam serta pendidikan.

Dayang Madinah pula menganggotai Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB Sarawak pada 1987 hingga kini dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Biro Sosial Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB Sarawak bagi sesi 2010 hingga 2013.

Beliau adalah anak kedua bongsu kepada bekas gabenor Sarawak yang pertama, Allahyarham Tun Abang Haji Openg. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment