My Add

Friday 19 July 2013

Nur Idayu perlu banyak berehat, teruskan rawatan

 NUR IDAYU

KUANTAN, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Suami Nur Idayu Abd. Aziz, 34, memohon pihak media agar tidak lagi menganggu keluarganya bagi memberi peluang kepada wanita itu berehat setelah hampir sebulan dipukau dan dilarikan empat warga Indonesia ke Surabaya.

Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, berkata, dia berharap pihak berkenaan memahami situasi dialami keluarganya itu.

"Saya boleh katakan dia (Nur Idayu) dalam keadaan yang baik berbanding ketika ditemui di Indonesia sebelum ini.

"Saya tidak benarkan dia bercakap kepada media selagi belum pulih sepenuhnya. Saya bercadang untuk meneruskan rawatan susulan selepas dia mendapat rehat yang secukupnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Nur Idayu selamat kembali ke tanah air dengan diiringi Mohd. Riduan selepas dilarikan oleh empat warga Indonesia dari rumah keluarganya di Felda Bukit Sagu 2 di sini pada 21 Julai lalu, dipercayai menggunakan ilmu pukau.

Menurut Mohd. Riduan yang bekerja sebagai juruteknik, sebaik sahaja tiba di rumah mereka kira-kira pukul 6 petang semalam, Nur Idayu menunjukkan perkembangan yang positif termasuk mengenali tiga anak mereka.

"Saya juga bercadang tidak akan memberi kenyataan media selepas ini dan akan melantik seorang jurucakap bagi mewakili saya serta keluarga. Saya mohon maaf dan harap semua pihak memahami situasi kami sekeluarga," jelasnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment