My Add

Wednesday 24 July 2013

Orang muda ketuai UMNO cawangan

PONTIAN, SELASA, 23 Julai, 2013: Seorang veteran UMNO Pontian, Mohd. Barkawi Hasbullah menggesa supaya ketua-ketua UMNO cawangan parti itu yang telah lama memegang jawatan tersebut memberikan peluang kepada pemimpin muda.

Menurutnya, kini telah sampai masanya kepimpinan UMNO di peringkat cawangan berbuat demikian demi memastikan UMNO terus diterima oleh generasi muda Melayu.

Beliau yang berumur 73 tahun berkata, persidangan peringkat cawangan yang bermula baru-baru ini harus menjadi detik baharu kepada kepemimpinan UMNO bagi mencari perubahan sejajar dengan apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"Bagi memenuhi hasrat ini, saya sendiri akan melepaskan jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan Batu 35 yang dipegang lebih 30 tahun bagi memberikan peluang kepada muka baharu,'' katanya di sini baru-baru ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment