My Add

Friday 26 July 2013

Pacuan empat roda terbabas, budak 3 tahun maut

Oleh ROSMAWATI SALIHIN

RANAU, JUMAAT, 26 Julai, 2014: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun terbunuh setelah pacuan empat roda yang dinaiki bersama ahli keluarganya terbabas lalu merempuh pagar jambatan sebuah sungai di Jalan Siwagu, Kundasang dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Fabian Wee cedera parah di tengkuk sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Daerah Ranau ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Supritendan Abdul Rahman Kassim berkata, semasa kejadian, Fabian duduk di bahagian penumpang hadapan kenderaan dipandu ibunya itu bersama lima lelaki lain dan dalam perjalanan dari Kampung Mesilau menuju ke pekan Kundasang. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment