My Add

Friday 12 July 2013

Palanivel Pengerusi MIC Kedah mulai esok

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel akan mengambil alih jawatan Pengerusi MIC Kedah, mulai esok bagi memperkukuhkan lagi parti, di negeri itu.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Palanivel berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan MIC bahagian secara tetap sekurang-kurangnya dua kali sebulan, untuk memahami dan menyelesaikan isu di sana.

Esok, beliau dijangka memulakan lawatan ke Kedah untuk bertemu Pengerusi Cawangan dan Bahagian dari Merbok, Jerai dan Sungai Petani dan mengadakan mesyuarat tetap dengan mereka.

"MIC Kedah perlu bergerak ke hadapan. Saya membuat keputusan (untuk mengambil alih sebagai Pengerusi Kedah) bertujuan mengukuhkan asas parti di negeri itu," kata Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Difahamkan pengambilalihan kepimpinan didorong oleh aduan daripada beberapa pengerusi MIC di negeri itu, berikutan pelbagai masalah yang dihadapi kepimpinan.

Mengenai status Pengerusi MIC Kedah S. Ananthan dan jawatan lain, Palanivel berkata, perkara itu akan diputuskan kemudian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment