My Add

Saturday 13 July 2013

Pas ingin tingkat taraf hidup penduduk

JERTIH, SABTU, 13 Julai, 2013: Pas berhasrat membawa pembangunan dan meningkatkan taraf hidup penduduk sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai ini.

Hasrat itu disuarakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menyifatkan kemenangan PAS pada PRK itu sangat penting bagi menyediakan kehidupan lebih baik dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk.

"Saya lihat kedudukan ekonomi di kawasan ini masih sama ketika saya menjadi Pengarah Pilihan Raya Pas bagi PRK DUN Kuala Besut pada 1979. Jalan mungkin ada tapi tahapnya masih rendah.


"Tambahan pula peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan kurang. Ini sekali gus meningkatkan kadar kemiskinan dan kebergantungan kepada bantuan.

Rakyat dihimpit dengan kemiskinan," katanya kepada pemberita pada sidang media di Markas Besar Pas Pilihan Raya DUN Kuala Besut, di sini, hari ini.

PRK Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS, Endot @ Azlan Yusof. - BH

No comments:

Post a Comment