My Add

Wednesday 24 July 2013

Pastikan bas cukup, selamat dan selesa: Nancy Shukri

KUALA LUMPUR, SELASA, 23 Julai, 2013: Pengusaha bas ekspres diharap dapat menyediakan perkhidmatan bas yang mencukupi, selamat dan selesa ketika perayaan Aidil Fitri ini selaras dengan surcaj 10 peratus yang dikenakan untuk tambang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sudah meluluskan caj tambahan itu susulan permohonan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) tahun ini.

"Keputusan ini dibuat selepas kerajaan meneliti dan mengambil kira keperluan pengendali bas ekspress bagi menampung kos operasi kerana ketidakseimbangan bilangan penumpang balik ke kampung yang ramai semasa musim perayaan dan penumpang yang kurang atau kadang kala kosong dalam perjalanan pulang ke bandar selepas itu," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Roslin Abdul Rahman pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.

SPAD meluluskan surcaj 10 peratus berbanding 30 peratus yang diminta PMBOA.
Mengulas lanjut, Nancy berkata, surcaj musim perayaan sebanyak 10 peratus itu diamalkan sejak 2008. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment