My Add

Saturday 27 July 2013

Pasukan keselamatan Mesir tembak penunjuk perasaan

KAHERAH, SABTU, 27 Julai, 2013: Ikhwanul Muslimin berkata, sekurang-kurangnya 31 orang maut apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang berhimpun bagi menyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi di sini, hari ini.

Jurucakap pergerakan itu, Gehad El-Haddad berkata, pasukan keselamatan melepaskan tembakan bertujuan untuk membunuh, bukan untuk mencederakan.

"Mangsa yang maut mempunyai kesan tembakan di dada dan kepala," katanya.

Stesen televisyen al-Jazeera tuurt menunjukkan rakaman pasukan perbuatan bergelut cuba menyelamatkan mangsa yang cedera di kawasan padang hospital di Rabaa al-Adawiya, lokasi tunjuk perasaan diadakan. - REUTERS 

No comments:

Post a Comment