My Add

Friday 12 July 2013

PBB beri amaran kepada kerajaan Myanmar

*  BAN Ki-moon memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan keganasan etnik ke atas penduduk Islam Rohingya. - AGENSI
GENEVA, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan serangan ke atas penduduk minoriti Islam jika mahu dilihat sebagai sebuah negara yang berwibawa.

Keganasan etnik ke atas penduduk Rohingya Islam biasanya dilakukan oleh penganut Buddha yang telah menyebabkan beratus-ratus orang maut pada tahun lalu, sekali gus mengancam pembaharuan politik yang dibawa oleh Presiden Thein Sein.

"Adalah penting untuk pihak berkuasa Myanmar mengambil langka perlu bagi menangani masalah komuniti minoriti di negara itu, termasuk tuntutan kerakyatan daripada etnik Rohingya.

"Kegagalan kerajaan Myanmar menangani isu tersebut berisiko 'merosakkan proses pembaharuan dan memberi kesan serantau'," kata Ki-moon.

Ki-moon mengeluarkan amaran itu ketika menghadiri mesyuarat duta-duta PBB dari 'Kumpulan Negara Rakan Myanmar' yang dianggotai Australia, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Norway, Rusia, Singapura, Thailand, Britain, Amerika Syarikat, Vietnam dan Lithuania.

Duta-duta PBB dari negara Islam semalam turut menyatakan Myanmar tidak boleh menyertai komuniti negara demokrasi jika tidak melindungi hak kumpulan minoriti.

"Mengadakan pilihan raya sahaja tidak cukup untuk menjadi sebuah negara demokrasi. Pembunuhan dan penyeksaan ke atas kumpulan minoriti perlu dihentikan," kata Duta Arab Saudi ke PBB, Abdallah Yahya al-Mouallemi.

Menurutnya, etnik Rohingya telah dihalang daripada mendapatkan kewarganegaraan, bekerja, disekat perjalanan, tidak dibenarkan mengerjakan ibadat dan dihalang untuk dikebumikan dengan sempurna.

Duta Djibouti ke PBB, Roble Olhaye yang mewakili Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pula berkata, etnik Rohingya hidup dalam 'pengasingan kekal sama seperti pembersihan etnik' di Myanmar. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment