My Add

Friday 12 July 2013

PBB beri amaran kepada Myanmar

GENEVA, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan serangan penganut Buddha ke atas penduduk minoriti Islam jika mahu dilihat sebagai sebuah negara yang berwibawa.

Keganasan etnik ke atas penduduk Rohingya Islam di negara yang majoritinya dihuni oleh penganut Buddha ini telah menyebabkan beratus-ratus orang maut pada tahun lalu, sekali gus mengancam pembaharuan politik yang dibawa oleh Presiden Thein Sein.

“Adalah penting untuk pihak berkuasa Myanmar mengambil langkah perlu menangani masalah komuniti minoriti, termasuk tuntutan kerakyatan daripada etnik Rohingya.

“Kegagalan kerajaan Myanmar menangani isu itu berisiko ‘merosakkan proses pembaharuan dan memberi kesan serantau’," kata Ki-moon. - Agensi/UTUSAN

No comments:

Post a Comment