My Add

Saturday 27 July 2013

PBB-Syria capai persetujuan berhubung inkuiri penggunaan senjata kimia

NEW YORK, SABTU, 27 Julai, 2013: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mencapai persetujuan dengan Syria untuk mengadakan inkuiri mengenai penggunaan senjata kimia tetapi ia tidak menyebut pemeriksa PBB dibenar masuk ke negara itu.

Dua wakil PBB akan ke Damsyik, Selasa dan Rabu ini untuk mengadakan berbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Syria berhubung perkara itu.

“Perbincangan dilalui dan ia produktif bagi capai persetujuan," kata kenyataan PBB tanpa memberikan butiran lanjut mengenainya.

Ketua Pemeriksa bagi pasukan penyiasat PBB, Ake Sellstrom, dan Wakil Tertinggi PBB Mengenai Pembebasan Senjata, Angela Kane, akan menghantar laporan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengenai perjumpaan dengan kerajaan Syria itu.

Ban menuntut agar pasukan penyiasat diberi kebebasan penuh untuk memastikan dakwaan mengenai penggunaan senjata kimia sepanjang perang saudara yang berlanjutan selama 28 bulan di Syria.

Syria bagaimanapun berkata, PBB hanya boleh menyiasat dakwaan kerajaan bahawa pemberontak menggunakan sejata kimia itu di bandar Khan al-Assal pada 19 Mac lalu.

Britain, Perancis dan Amerika Syarikat berkata, semua serangan itu dilancarkan angkatan tentera Presiden Bashar al-Assad, sebaliknya sekutu Assad mendakwa pemberontak menggunakan gas sarin di Khan al-Assal. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment