My Add

Wednesday 10 July 2013

Pekerja lombong dituduh bunuh penyelia

KOTA BHARU, SELASA, 09 Julai, 2013: Seorang pekerja sebuah lombong bijih besi di Pasir Mas hari ini didakwa di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh seorang penyelia lombong itu pada September tahun lepaTertuduh, Mohd. Zaidi Abdul Hamid, 37, yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Azman kemudiannya menetapkan 23 Julai ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Zaidi didakwa membunuh Mohd Yusof Zakaria, 41, di hadapan kantin lombong bijih besi Indah Bumi Perfect Mining, Lubuk Stol, Pasir Mas, antara pukul 8 pagi hingga 10 pagi, 8 Sept tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment