My Add

Wednesday 3 July 2013

Pelajar dakwa dipukul 20 lelaki

SUNGAI PETANI, SELASA, 02 Julai, 203: Seorang pelajar berusia 13 tahun mendakwa dia cedera akibat dipukul sekumpulan 20 lelaki akibat berselisih faham di hadapan pintu pagar sekolah, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, mangsa mendakwa diserang oleh kumpulan lelaki terbabit menggunakan kayu besbol, topi keledar dan sebatang besi tajam.

Kata beliau, mangsa mendakwa ditendang dan dipukul berkali-kali oleh kumpulan lelaki terbabit selepas dia berselisih faham dengan rakan sekolah beberapa hari sebelum itu.

“Akibatnya dia mengalami bengkak di bahagian muka dan anggota badan," katanya di sini.

Kejadian itu telah dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan polis kini telah mengenal pasti suspek. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment