My Add

Saturday 13 July 2013

Pelajar tajaan MARA di Mesir selamat: Shafie Apdal

SEMPORNA, sabtu, 13 jULAI, 2013: Semua pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Mesir berada dalam keadaan baik dengan keperluan makanan mencukupi, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sehubungan itu beliau menasihatkan ibu bapa pelajar yang berkenaan supaya tidak bimbang.

"Setakat ini tidak ada desakan untuk kita membawa pelajar balik kerana keadaan mereka terkawal dan kerjasama yang diberikan Wisma Putra juga amat baik," katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd Shafie, pihaknya juga sudah melakukan persediaan untuk membawa pulang pelajar terbabit jika keadaan memerlukan.

Mengulas pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Mohd Shafie yang juga Naib Presiden UMNO, berkata pengundi di kawasan itu sudah cukup matang untuk menentukan siapa paling layak mewakili mereka.

Insya-Allah kerusi itu akan dapat dipertahankan Barisan Nasional (BN), katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. 

Pada pilihan raya kecil yang ditetapkan 24 Julai ini, BN meletakkan jurutera, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mempertahankan kerusi itu dan dicabar PAS menerusi calonnya, Azlan Yusof. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment