My Add

Wednesday 17 July 2013

Pelajar tingkatan 5 antara dua maut nahas

KUANTAN, SELASA, 16 Julai, 2013: Seorang pelajar tingkatan lima antara dua penunggang motosikal yang maut dalam nahas berasingan di Raub dan Kuala Lipis, semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, Muhamad Azzim Firdaus Mohd Rodwan, 17, dari Kampung Bukit Betong, Kuala Lipis terbunuh selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di KM 22 Jalan Kuala Lipis-Betong.

Bercakap kepada pemberita di sini beliau berkata, dalam kejadian jam 7.20 malam itu, mangsa dalam perjalanan balik ke rumahnya dari arah Kuala Lipis menghala ke Bukit Betong dan dipercayai ketika melalui satu selekoh, mangsa telah termakan jalan sebelum bertembung dengan sebuah kereta.

Terdahulu, katanya, kemalangan di KM 340 Jalan Raub-Kuala Lipis, dekat Raub kira-kira jam 12 tengah hari meragut nyawa Mohd Shahir Che Ismail, 22, dari Kampung Ajai Baru Dong yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menuju ke bandar Raub.

"Di tempat kejadian, mangsa cuba memotong sebuah kenderaan namun tidak lepas sebelum bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment