My Add

Sunday 14 July 2013

Pelawaan diterima

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

 *MUKHRIZ Mahathir menyampaikan sumbangan kepada sebahagian daripada 280 guru al-Quran dan bidan kampung di Ayer Hitam, Jerlun, kelmarin.
JERLUN, SABRU, 13 Julai, 2013: Isu penjualan air mentah melibatkan kerajaan Kedah dan Pulau Pinang memasuki peringkat lebih serius apabila ketua pentadbir kedua-dua buah negeri tersebut dijangka bertemu bagi membincangkan perkara berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau tidak keberatan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng susulan cadangan rakan sejawatnya itu supaya beliau berbuat demikian berhubung isu tersebut.

Katanya, perbincangan peringkat pegawai antara kedua-dua kerajaan negeri telah dijalankan dan beliau akan mencari waktu sesuai untuk bertemu Guan Eng bagi membolehkan perbincangan diadakan di peringkat mereka pula.

"Di peringkat pegawai ada perbincangan dibuat tapi belum mencapai tahap perundingan. Oleh kerana Ketua Menteri Pulau Pinang mengesyorkan agar saya sendiri berjumpa beliau, maka saya tidak keberatan untuk melakukannya," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 280 guru al-Quran sukarela dan bidan kampung peringkat daerah Kubang Pasu serta majlis berbuka puasa di Masjid Al-Muttaqin Kampung Pida Tiga, Ayer Hitam di sini semalam.

Mukhriz berkata, Guan Eng mungkin telah salah faham mengenai tuntutan Kerajaan Negeri Kedah itu kerana pihaknya tidak bertujuan menekan Kerajaan DAP Pulau Pinang melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak inginkan.

Sebaliknya kata beliau, Kerajaan Negeri Kedah ingin melakukan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua buah negeri dan lebih bersifat menang-menang. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment