My Add

Friday 12 July 2013

Pemaju didenda RM30,000 bersih bukit secara haram

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

PULAU PINANG, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Sebuah syarikat pemaju, General Accomplishment Sdn. Bhd. hari ini didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan membersihkan puncak Bukit Relau secara haram.

Hakim Khairul Anuar Abdul Rahim membuat keputusan tersebut selepas Pengurus Besar syarikat berkenaan, Rohana Shariff mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Asyikin Mokhtar mengikut Seksyen 70 A (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 70A(9) akta yang sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini akhbar tempatan mendedahkan berlaku pergerakan bumi di kawasan lereng bukit melebihi 250 kaki di atas aras laut berikutan aktiviti penerbangan pokok di cerun yang melebihi 25 darjah kecerunan.

Susulan itu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang mendedahkan nama syarikat yang terbabit dengan aktiviti berkenaan sambil mengesahkan ia dilakukan tanpa kelulusan pihaknya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment