My Add

Thursday 11 July 2013

PEMANDU desak perubahan lebih radikal perangi rasuah

PUTRAJAYA, RABU, 10 Julai, 2013:: Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri akan mendesak ke arah perubahan lebih radikal dalam usaha memerangi rasuah di Malaysia di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah.

Pengarah NKRA Anti Rasuah Pemandu, Ravindran Devagunam, berkata Pemandu mengakui keputusan 2013 Global Corruption Barometer (GCB) yang dikeluarkan oleh Transparency International dan menjadikannya sebagai dorongan untuk terus mendesak ke arah lebih banyak pembaharuan.

"Tinjauan umum itu jelas menunjukkan masih banyak yang kita perlu lakukan. Kita perlu menggandakan usaha dan terus mendesak ke arah penambahbaikan merangkumi bidang sosial, politik dan perniagaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tinjauan umum GCB yang dijalankan di lebih 100 negara mendapati lebih separuh penduduk yang ditinjau di seluruh dunia percaya kegiatan rasuah semakin buruk sejak dua tahun lepas.

Sampel kaji selidik di setiap negara melibatkan kira-kira 1,000 penduduk dan menyimpulkan pengagregatan data dengan gender, pendapatan, kumpulan umur, penduduk bandar atau luar bandar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment