My Add

Saturday 27 July 2013

Pemantauan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ditingkatkan

BENTONG, SABTU, 27 Julai, 2013: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) akan meningkatkan pemantauan di premis perniagaan di negeri ini sepanjang 17 hari tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang, Datuk Shahiruddin Ab Moin, berkata setakat ini harga barangan di negeri ini dilihat berada pada paras memuaskan.

"Harga ayam contohnya, harga siling yang ditetapkan ialah RM7.70 sekilogram manakala di pasar raya di bandar Bentong ini misalnya, harga ayam dijual pada harga RM5.99 sekilogram," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau skim kawalan harga musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2013 di sekitar Bentong di sini.

Shahiruddin berkata, sejak skim itu dikuatkuasakan semalam, tiga peniaga dikenakan kompaun iaitu dua daripadanya kerana tidak meletakkan tanda harga manakala seorang lagi menjual barang kawalan melebihi harga siling.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata bekalan bahan api iaitu diesel dan petrol di Pahang dijamin mencukupi dan meminta orang ramai supaya tidak mudah panik berhubung kononnya akan berlaku kekurangan bahan itu pada musim perayaan nanti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment