My Add

Sunday 14 July 2013

Pemilik bengkel kerugian puluhan ribu premis miliknya terbakar

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT, AHAD, 14 Julai, 2013: Seorang pengusaha bengkel membaiki kenderaan kerugian puluhan ribu ringgit selepas premis miliknya di Pasir Pekan di sini terbakar semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu turut memusnahkan beberapa buah kenderaan milik pelanggan yang sedang dibaiki di premis berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan tiga buah kedai berhampiran bengkel berkenaan daripada turut musnah.

Pemilik bengkel itu, Mohd. Hafiza Yunus berkata, ketika kejadian hanya isterinya berada di bengkel berkenaan manakala dia berada di Pasir Tumboh kerana ada urusan kerja.

"Mujurlah isteri saya sempat menyelamatkan diri. Sebelum kejadian itu saya ada menghantar beberapa SMS (khidmat pesanan ringkas) namun tidak dijawab.

"Kira-kira pukul 6 petang saya menghubunginya dan diberitahu bengkel terbakar. Terkejut dengan berita itu saya terus bergegas pulang untuk melihat keadaan bengkel," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment