My Add

Wednesday 17 July 2013

Pemimpin Pas tutup mulut isu kenyataan Marino

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

BESUT, SELASA, 16 Julai, 2013: Pas masih mengunci mulut berhubung sikap terbuka Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino yang menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini lebih mudah mengulas tentang siri himpunan Bersih keberatan membuat sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan dan menyerahkan kepada Majlis Syura Ulama Pas untuk membuat keputusan.

"Nanti ulama bincang, saya tidak boleh keluar apa-apa kenyataan, tunggu ulamalah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di sini malam tadi.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ketika diminta mengulas isu sama, berkata, adalah lebih baik Pas melihat reaksi kerajaan terlebih dahulu.

Beliau mengulas mengenai desakan pelbagai pihak supaya Pas membuktikan ketegasannya dalam mempertahan kesucian agama Islam di negara ini dengan mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam Marino.

Tindakan itu perlu diambil selaras pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan agama lain.

Marino dalam wawancara pertamanya dengan sebuah portal berita di negara ini baru-baru ini menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment