My Add

Friday 12 July 2013

Pengangggur didakwa miliki kereta curi

PETALING JAYA, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memiliki kereta curi enam hari lepas.

Shatis Kumar Mahalingam, 20, bersama-sama dua lagi yang masih bebas didakwa memiliki harta yang dirompak iaitu sebuah kereta Toyota Camry milik seorang pengurus jualan wanita, Lim May Liang, 38.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kenanga, Kampung Sg. Kayu Ara, Damansara pada 8.10 pagi, 6 Julai lepas mengikut Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh, bagaimanapun Shatis Kumar memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu kerana keluarganya hanya mampu membayar RM3,000.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Ogos untuk sebutan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment