My Add

Sunday 14 July 2013

Pengaruh Pas Kelantan sukar tembusi Kuala Besut - Annuar Musa

KUALA BESUT, AHAD, 14 Julai, 2013: Kuala Besut masih kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan sukar dipengaruhi politik PAS Kelantan meskipun ia bersempadan dengan negeri yang ditadbir PAS itu, kata bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya, pemerhatian beliau mendapati pengaruh BN Besut melangkau ke kawasan Kelantan yang bersempadanan dengan Besut apabila BN menguasai Parlimen Machang dan Ketereh serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising di kawasan Parlimen Pasir Puteh.

"Secara umumnya walaupun kita berjiran, pengaruh (PAS) dari Kelantan tidak mampu menumbangkan BN pada PRK Kuala Besut nanti kerana polar politik dan cara rakyat membuat keputusan antara Kelantan dan Terengganu tidak sama," kata Ahli Parlimen Ketereh itu kepada Bernama di sini.

Annuar berada di sini malam tadi untuk menyokong kempen calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan bertemu penduduk di sekitar Kampung Gong Nering.

Katanya rakyat Kelantan yang berjiran dengan Besut dapat melihat prestasi kerajaan Terengganu sebagai model yang berjaya sama ada dalam bidang ekonomi, pelancongan, prasarana dan pendidikan.

"Jadi tiada sebab rakyat Kuala Besut akan terikut-ikut hendak meniru Kelantan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment