My Add

Tuesday 23 July 2013

Pengikut Syiah seperti bom jangka

ALOR SETAR, ISNIN, 22 Julai, 203: Ajaran Syiah di negeri ini boleh diibaratkan seperti bom jangka yang akan meletus dan memporak-perandakan negara jika tidak disekat secepat mungkin.

Timbalan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni, Ashiq Elahi berkata, penularan fahaman tersebut agak serius termasuk dalam kalangan generasi muda berpunca daripada pengikutnya terdiri daripada pemimpin politik, pensyarah agama, profesional, pakar perubatan sehingga golongan guru.

Menurut beliau, ajaran Syiah yang berkembang di Malaysia adalah Syiah Imamiyyah yang dihukum kufur oleh ulama-ulama antarabangsa.

"Bahayanya ajaran ini selain sesat kerana jauh menyimpang daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), pengikutnya juga menghalalkan darah ahli Sunnah. Sekiranya tidak dibanteras, bukan sahaja merosakkan akidah umat Islam tetapi berbahaya kepada negara.

"Oleh itu kita amat menyokong usaha kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mewartakan fatwa pengharamannya supaya tindakan boleh diambil terhadap pengikutnya. Seeloknya diwartakan secepat mungkin," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mukhriz semalam menegaskan, kerajaan negeri akan mewartakan sekatan penyebaran Syiah bagi mengikut jejak langkah beberapa negeri lain dalam usaha membendung penularan ajarannya dalam kalangan penduduk negeri itu.

Katanya, tindakan itu dianggap tepat dalam usaha membolehkan penguatkuasaan dilaksana demi menyelamatkan akidah umat Islam.

Menurut Ashiq, di Kedah ajaran Syiah mempunyai pengikut tersendiri yang kini bertapak di Pendang, Kubang Pasu, Jerai dan Kuala Kedah.

Sejak kebelakangan ini, katanya, ajaran Syiah Imamiyyah itu mula memasuki pusat pengajian tinggi dengan menjadikan generasi muda sebagai sasaran.

"Saya difahamkan pengikut Syiah menggunakan taktik halus untuk memperdaya ahli Sunnah termasuk dengan tawaran hawa nafsu iaitu nikah mutaah atau zina mutaah yang menjadi amalan pengikutnya," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment