My Add

Friday 19 July 2013

Penubuhan Jawatankuasa Pemilih bagi Parlimen ke-13 dilulus

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Julai, 2013:: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan penubuhan satu Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke-13.

Jawatankuasa itu diketuai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku pengerusi dan dianggotai enam anggota jawatankuasa.

Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun.

Ahli lain yang dilantik ialah Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Pembentukan jawatankuasa itu dibuat mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 76.

Pada persidangan sama, Dewan Rakyat juga meluluskan pemilihan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baru.

Pelantikan Anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw sebagai Timbalan Pengerusi PAC turut dipersetujui Dewan Rakyat.
Cadangan bagi kedua-dua usul itu telah dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment