My Add

Friday 12 July 2013

Penyelamat syarikat Ford 1980-an, meninggal dunia

DETROIT, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Philip Caldwell, orang pertama mengetuai Ford Motor Co. daripada bukan keluarga pengasas syarikat itu, meninggal dunia pada Rabu di rumahnya di New Canaan, Connecticut dalam usia 93 tahun.

Caldwell, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dari 1979 sehingga beliau bersara pada 1985, telah berjaya membawa keluar Ford daripada bermasalah kewangan kepada memperoleh keuntungan.

Beliau merangsang pembangunan sedan Ford Taurus, yang muncul di tempat teratas jualan kereta di Amerika Syarikat selama lima tahun sekali gus membantu menyelamatkan syarikat tersebut daripada masalah kewangan yang teruk.

"Beliau membantu membawa syarikat daripada era kesukaran pada 1980-an dan memandu pengenalan produk syarikat ke seluruh dunia," kata Pengerusi Eksekutif Ford, Bill Ford, dalam satu kenyataan. - AP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment