My Add

Saturday 13 July 2013

Penyokong, penentang Mursi adakan demonstrasi

 * BERIBU-RIBU penyokong Mursi membawa bendera gergasi Mesir ketika mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat di Nasr city, Kaherah, semalam. - AGENSI
KAHERAH, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Penyokong dan penentang bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi menggesa pengikut masing-masing mengadakan demonstrasi, hari ini sempena hari Jumaat pertama di bulan Ramadan ketika ketegangan terus meningkat.

Ihkwanul Muslimin berikrar untuk terus mengadakan tunjuk perasaan sehinggalah tentera mengembalikan kuasa kepada Mursi.

Pergerakan itu menggesa perhimpunan bantahan diadakan di beberapa lokasi di Kaherah, meskipun keupayaan mereka diragui ekoran kebanyakan pemimpin kanannya telah ditahan, melarikan diri atau bersembunyi.

Sementara itu, lebih 500 pemuda Ikhwanul Muslimin mengumumkan keluar daripada pergerakan itu dan menubuhkan kumpulan baharu dikenali sebagai 'Ikhwanul Muslimin Tanpa Keganasan'.

Tindakan kumpulan pemuda itu cuba mengurangkan keyakinan orang ramai kepada pemimpin-pemimpin pergerakan tersebut, terutamanya kepada Pemimpin Agung Mohammad Badei dan Timbalannya, Khairat el-Shater.

Penyelaras kumpulan pemuda itu, Ahmad Yehia berkata, mereka kecewa dengan situasi Ikhwanul Muslimin ketika ini.

"Pemimpin Ikhwanul Muslimin telah mengheret pergerakan tersebut ke lubang yang amat dalam selepas lebih 80 tahun bergelut untuk bangkit," katanya kepada al-Arabiya, semalam.

Kumpulan anti-Mursi dalam pada itu turut menggesa pengikutnya mengadakan tunjuk perasaan, termasuk majlis berbuka puasa besar-besaran di Dataran Tahrir, hari ini.

Sementara itu di Sinai, seorang anggota polis maut dan seorang lagi cedera selepas kumpulan bersenjata menyerang sebuah pos pemeriksaan dengan roket, menurut pegawai perubatan dan keselamatan. - AFP/AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment