My Add

Monday 15 July 2013

Peribadi Zaihan berupaya cetus kemenangan besar

JERTIH, ISNIN, 15 Julai, 2o13: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menaruh keyakinan terhadap perwatakan dan peribadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berupaya mencetuskan kemenangan pada 24 Julai ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata, Tengku Zaihan dilihat boleh mendampingi rakyat dan pengundi di Kuala Besut dengan baik dan selesa. "Saya berharap calon BN dengan wataknya, caranya dan senyumannya dapat memudahkan beliau mendekati pengundi di sini," katanya ketika ditemui sewaktu lawatan ke 10 rumah keluarga miskin di Kampung Lampu, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, UMNO Perak diberi tanggungjawab untuk menjaga Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Nangka yang mengandungi tiga cawangan termasuk Kampung Lampu.

Katanya, pendekatan yang digunakan ialah bertemu penduduk membabitkan 76 rumah di Kampung Lampu bagi memungkinkan kemenangan lebih besar berpihak kepada calon BN. - BH

No comments:

Post a Comment