My Add

Sunday 14 July 2013

Perlu mohon permit ceramah bergerak

KUALA BESUT, AHAD, 14 Julai, 2013: Parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut perlu memohon permit kempen walaupun mengadakan ceramah secara bergerak di tempat-tempat awam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mengadakan ceramah bergerak di pasar Ramadan dan tempat-tempat awam juga memerlukan kelulusan daripada pihaknya selain ceramah umum, perhimpunan dan perarakan.

Beliau mengulas laporan media sosial yang mempersoalkan sama ada parti tertentu mendapat kebenaran polis mengadakan ceramah bergerak di pasar Ramadan.

Mengenai pemasangan bendera dan poster parti yang kini semakin rancak dilakukan, beliau mengingatkan mereka yang bertanggungjawab tidak memasangnya di bangunan-bangunan kerajaan atau di bangunan yang tidak mendapat kebenaran daripada pemilik bangunan berkenaan.

"Bendera dan poster termasuk kain sepanduk yang dipasang di persimpangan jalan pula jangan mengganggu penglihatan pengguna jalan raya hingga boleh menyebabkan kemalangan," katanya.

Katanya, orang ramai boleh merujuk kepada polis di Bilik Gerakan IPD Polis melalui talian 09-6950595 jika menghadapi sebarang kemusykilan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment