My Add

Sunday 14 July 2013

Perumahan untuk rakyat agenda utama kerajaan

BESUT, SABTU, 13 Julai, 2013: Kerajaan akan terus melaksanakan program peningkatan kesejahteraan rakyat termasuk pembangunan sejuta unit rumah sebagai satu agenda terpenting bagi memenuhi keperluan dan menangani masalah kehidupan mereka

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah seperti itu merupakan salah satu tuntutan agama dan beliau mencabar pihak-pihak yang memfitnah kononnya apa yang dilakukan bercanggah dengan Islam agar membuktikannya.

``Sejuta rumah akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun seperti yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN),’’ katanya ketika berucap dalam majlis perasmian pecah tanah dan peletakan batu Asas Pangsapuri Mampu Milik di Kampung Lay Out, Tok Saboh dekat Kuala Besut hari ini.

Menurutnya, usaha itu memperlihatkan komitmen tinggi kerajaan BN membela nasib rakyat menerusi amal kebaikan demi kesejahteraan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira parti dan kedudukan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment