My Add

Tuesday 23 July 2013

Petronas umum umur bersara 60 tahun

KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Julai, 2013: Syarikat pengeluar minyak negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengumumkan pelaksanaan umur persaraan baharu untuk kakitangan tetap adalah pada 60 tahun berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Menurut kenyataan Petronas, pelaksanaan itu sejajar dengan Akta Umur Persaraan Minimum 2012.

"Namun pelaksanaan akta tersebut dikecualikan kepada kakitangan yang menerima tawaran syarikat untuk bersara dalam lingkungan 60 tahun ke 55 tahun serta bagi kakitangan yang menerima pampasan untuk perubahan tersebut," kata kenyataan tersebut di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment