* JENAZAH salah seorang daripada empat kanak-kanak yang mati lemas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheng, Melaka, malam semalam. - utusan/Gaie Uchel |
Kira-kira 300 orang termasuk ahli keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan mangsa dan penduduk yang hadir jelas tidak dapat menahan kesedihan sewaktu jenazah keempat-empat mereka mula dikebumikan kira-kira pukul 1.30 malam tadi.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Paya Rumput, Sazali Muhd. Din.
Terdahulu Ketua Menteri, Datuk Idris Haron dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah turut menziarah keluarga mangsa di bilik mayat Hospital Melaka kira-kira pukul 12 tengah malam.
Mereka yang meninggal dunia ialah Hanis Balkis Fadzli, 7; Mohamad Nazimi Fadzli, 9; Athafiz Amin, 10; dan Radziatul Nadia Rosnan, 12.
Suasana sedih turut dirasai di bilik mayat hospital selepas kesemua jenazah selesai dimandi dan dikafan sebelum dibawa menaiki empat van jenazah menuju ke tanah perkuburan Islam Kampung Cheng.
Kesemua jenazah disembahyangkan di Surau Khatib Haji Md. Zin, Kampung Pantai Cheng pada pukul 1.15 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira 500 meter dari surau itu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment