My Add

Tuesday 9 July 2013

PM ucap selamat berpuasa kepada umat Islam

 
KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Julai, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh Malaysia yang akan menjalani ibadah tersebut bermula esok.

Dalam status terbaru Facebook dan Tweeter beliau, Perdana Menteri berkata:

"Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh Malaysia.

"Moga-moga ibadah kita tahun ini dapat disempurnakan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, insya-Allah."

Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment