My Add

Saturday 13 July 2013

PM ucap takziah kepada keluarga Abu Zahar

IDRIS Haron menabur bunga di pusara bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin pada majlis pengebumian di Makam Pahlawan, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR, SABTU, 13 Julai, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Menteri Melaka, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

"Takziah untuk keluarga Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang telah pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah," katanya di dalam tweet terbaru beliau.

Abu Zahar, 74, meninggal dunia di kediamannya akibat komplikasi kencing manis dan buah pinggang kira-kira 6 petang semalam.

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Al-Azim, Melaka pagi ini.

Allahyarham adalah ketua menteri Melaka kelapan dan menjawat jawatan itu dari 23 Mei 1997 hingga 2 Disember 1999. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment