My Add

Monday 22 July 2013

Polis Kelantan buru dalang edar, sewa senjata api

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU, ISNIN, 22 Julai, 2013: Polis terus memburu seorang wanita berumur 29 tahun dan beberapa individu lain yang dipercayai dalang utama kepada aktiviti mengedar serta menyewa senjata api yang dibongkar di Pasir Mas semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, maklumat mengenai kesemua suspek telah dimiliki, justeru mereka dinasihatkan agar menyerah diri atau berdepan dengan tindakan yang lebih berat.

Menurut beliau, dua suspek termasuk remaja 15 tahun yang ditahan semalam, kini telahpun direman selama lima hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

"Kita sudah kenal pasti jadi, jangan sembunyilah, minta dia serah diri. Kita akan kesan sampai dapat, bukan dia seorang tetapi ada beberapa lagi individu-individu yang kita percayai terlibat dan mempunyai kaitan dengan kumpulan ini.

"Kita mempunyai petunjuk dan saksi. Saya percaya ia akan diselesaikan dalam tempoh segera dan senjata api ini akan dihantar ke bahagian kimia dan forensik untuk melihat sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes-kes tembak sebelum in," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Bakri Zinin melawat anggota trafik Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan ketika bertugas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Terengganu, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment