My Add

Saturday 27 July 2013

Polis lepas tembakan, 120 penyokong Mursi maut
KAHERAH, SABTU, 27 Julai, 2013: Sebanyak 120 penyokong bekas Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi terkorban apabila pasukan keselamatan Mesir melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan pro-Mursi di Masjid Rabaa al-Adawia di pinggir bandar ini, awal pagi ini.

Stesen televisyen al-Jazeera melaporkan lebih 4,500 lagi cedera selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan peluru hidup ke arah penunjuk perasaan pro-Mursi yang berhimpun di masjid itu sejak semalam.

Koresponden AFP turut melihat 37 mayat terbaring di luar rumah mayat.

Sementara itu, doktor di sebuah hospital yang didirikan oleh Ikhwanul Muslimin di Kaherah memberitahu semua mangsa terbunuh akibat ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Pegawai di hospital itu pula berkata, sejumlah 75 orang terbunuh, termasuk beberapa mayat yang dibawa ke tempat lain.

Kementerian Kesihatan Mesir pula menyatakan hanya 20 orang maut dalam insiden tembakan itu.

Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, tembakan berlaku sejurus sebelum solat Subuh ketika penunjuk perasaan pro-Mursi berhimpun beramai-ramai di masjid Rabaa, sejak semalam. - AFP/REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment