My Add

Thursday 18 July 2013

Polis marin tahan 40 PATI seludup 'balik Raya'

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Cubaan 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyeludup keluar untuk pulang ke kampung halaman mereka sempena Hari Raya Aidilfitri ini melalui Pantai Padang Lima, Kuala Sedili, Kota Tinggi, gagal selepas mereka ditahan tengah malam tadi.

Mereka yang ditahan pukul 12.45 tengah malam itu terdiri daripada 28 lelaki, 10 wanita dan dua kanak-kanak berusia antara setahun hingga 51 tahun.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, ketika ditahan kesemuanya sedang menunggu bot pancung untuk membawa mereka keluar secara tidak sah.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah selain ada yang tinggal melebihi tempoh ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainul Abidin berkata, kesemua yang ditahan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi untuk tindakan susulan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2), Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment